Friday, November 2, 2012

Hari ni hari Jumaat!

 
Walau bagaimana malu dan segan, we have no choice..Allah lah sebaik2 tempat kita meminta2..hanya Dia..

Saturday, October 13, 2012

Hebat!


Aku bukan orang yang hebat, tapi aku akan jadi orang yang hebat.

Insyaallah!

Wednesday, July 25, 2012

Aurat - antara 2 teguran Ben Ashaari & Ustazah Sahida

Baru2 ni ada beberapa entry teguran pasal aurat wanita dibliog BA..beberapa hari sblm tu wanita (aku sekali lah ..) juga dah ditegur oleh seorang ustazah..

Lelaki atau wanita semua bole menegur, ada pepatah arab (dulu ada baca kat dinding dorm masa sekolah ececeh), jgn lihat pd yg betcakap..lihat kpd apa yg dia ckp


Antara 2 teguran kat bawah:


dari ustazah sahida:
'....jika kalian x kisah masuk Neraka, kalian bertudung le tapi jika takut masuk Neraka, tutuplah aurat. Jika kalian rasa tumit kaki dan kuku cekam tu elok dipandang dan wajib dipamerkan, x perlulah bersarung kaki. jika kalian rasa lengan gebu kena ditonjolkan..pakaile T shirt tangan pendek..Jika rasa peha besar & bontot kembang wajib dipertontonkan, maka berseluar jeans @ slack dan berbaju pendek memang sesuai. 
Jika rasa pula tudung kain Lycra memang mengancam menyembul dada, silakan pamerkan..jika kalian x pamer siapa lagi nak pamerkan. 
Akhir kata..jika kita x memenuhi Neraka ..siapa lagi kan nak memenuhi...


dari Ben (dari entry lama tahun 2009, untuk entry yg baru, bole ke blog BA)
'....Adakah zaman skang ni memakai tudung salah satu dari fesyen ? Mesti ada yang kata , apa salahnya bertudung mengikut fesyen atau bertudung tak semestinya tak leh bergaya...Boleh ke tak , mestilah ada batasannya..kalau nak bertudung , buat la betul betul ..kalau sekadar nak berfesyen , kena sedar bahawa anda adalah penganut Islam...dosa pahala bukan hak aku untuk memperkatakannya ...cuma aku sebagai saudara seagama segan bila kawan aku yang bukan beragama Islam hairan apa tujuannya menutup aurat...

Fesyen bertudung skang ni ....atas bertudung manakala baju n seluar lak ketat ! Adakah itu menepati kehendak Islam ? Cuma aku nak tanya je la...tak ke segan dengan orang bukan Islam bila melihatnya ? Apa bezanya dengan mereka yang tidak mengenakan tudung atau tidak menutup aurat ?..'


Aku memuda dulu sgt defensive, aky je larr yg betul rasanya..tp sejak 2-3tahun ni aku slow down sikit walaupun kadangkala terlepas juga..belajar terima teguran huhu walau payah, telan!!!telan!!walau nak terkeluar balik, selotape terus mulut tuh. huh..susah kan?..

Tak kira teguran yg bagaimana, siapa, apa subjeknya..jika teguran tu memang betul, aku tak boleh memilih samada nak terima ke tidak sebab aku memang TIADA PILIHAN..kan?

Saturday, July 21, 2012

Asyik salah je..

Nak belajar dan cuba kerap update..selalu nak letak entry baru, bl hold lama jd terus tawar hati dah bila nk masukkan new entry

Ni tadi baik terus teringat nak update alang bole guna wifi kt perodua ni..

Tapi bila taip guna telefon ni, banyak pula salah eja huhu bukan tak perasan, tapi aku dah betulkan, tapi byk sgt yg salah..pastu kalau asyik betulkan ejaan je bila aku nak publish nih?! Haha nanti aku akan perbaiki ejaan dr semasa ke semasa insyaallah kalau ada masa hehe

Jangan buat lagi..

Tengh servis kereta kat perodua seri kembangan. Setakat ni sejak beli kereta kat sini jela aku servis kete..beli kereta pum kat sebelah nu haa..amvil kereta display hehe mak aku pun pesan kalau boleh swrvis kat tempat yg sama

Aku kurang tahu bab2 kereta ni, jadi aku mmg ikut la schedule servis tu. Kalau guna myk hitam 5k, bila dah 5k km tu aku dah alert dah yg kete kena servis. Tapi alert pun kali ni terlajak smpi dekat 4k hehe

Beli kereta bulan 7, 2005..beli pun mmg keperluan masa tu. Nak pergi kerja kat bangi dr serdang mana ada bas..takkan nak naik teksi hari2..jd aku upahkan kt adik aku hantar ngan jemput..bila ingat2 balik, alhamdulillah ada dia, sian dia masa tu sellu kena marah ngan aku sbb lmbat..huhu pafahal aku pun lambat gak. teruk aku ni..Harap dia maafkn aku huhu

Masa beli pun aku masih tak fasih atau cekap lg bawa kete. Masa sebelum beli tuh takut betul nak guna kete org lain konon nk berlatih..huhu jadi masa bawa balik kereta dari perodua ke rimah pun masih terkial2 tapi dalam hati ada sedikit yakin yg aku bole drive. Tapi yg paling aku ingat masa tu, dalam beberapa minggu ke beberapa hari, aku gi kerja sanggup lalu jalan belakang yg lagi jauh semata2 nak elakkan lampu isyarat atas bukit

Tadi masa nak check kereta, adik tu tegur..'akak tak pakai cermin mata, saya tak perasan tadi'..qku senyum je la..pastu dia tnya, kereta ok?..aku jawab 'ok..tapi kereta lama kan, yaritu wiper rosak..pastu bocor pula..'..(bocor atap, air masuk kut cermin depan)..lepas check jeta aku duduk balik..

Ni tadi sebelum buat entry ni, aku perasan satu benda..aku rasa jawapan terbaik adalah alhamdulillah, kereta ok je..insyaallah..huhu rasa barsalah pulak..walau pun lama, tapi kereta tu alhamdulillah setakat hari ni, xda rosak teruk mana..takda buat hal dimana2..kalau bateri weak, timing belt kena tukar ke clatch haus ke, tu lain..alhamdulillah..kebaikan Allah semua tu..tapi aku pula yg mngungkit kata kete lama...huhu

Jangan buat lagi faiz..

Thursday, July 12, 2012

it's not complicated, it's just no cooperation..

huh!..dengan sebab hal inilah..bila taknak orang lain susah sebab saya, bila bekerja, saya selalu berazam untuk jadi pekerja yang profesional..tak mahu campur adukkan peribadi dalam pekerjaan..

Wednesday, July 11, 2012

Bersyukurlah wahai hati..

2-3 hari lepas, air-cond office macam tak da fungsi selain menghembus udara yang tidak sejuk dengan perlahan..huhu hari ni lepas service tadi, adoi makk aii..sejuk macam duduk kat kutub utara (ok, saya tak pernah duduk sana)..emm tapi oklah, lebih baik sejuk dari hangat..kan?..

Tadi masa sibuk qualify equipment, ada call masuk nak tanya pasal coklat hantaran..saya cuma boleh jawab sebaik mungkin untuk soalan pertama..sebelum pemanggil tanya soalan yang seterusnya saya minta maaf dulu sebelum  minta contact no untuk call semula sebab saya sedang bekerja..

saya rasa pelanggan ini sepertinya mirip saya kalau nak tahu sesuatu..walaupun dah clearly state 'sms' tapi masih nak call, sebab kalau boleh dan dan tu juga nak tahu apa yang kita nak tahu hehe takpa, saya faham rasanya bagaimana..taknak menunggu lama untuk satu jawaban..dan itu secara tak langsung adalah latihan kesabaran kan?..

Itu memang satu pilihan, dan saya sedang belajar untuk memilih walau selalu terkandas di pilihan yang tak sepatutnya..

Monday, July 9, 2012

terhukum diri sendiri

sabtu semalam..tengok!!banyak rupanya yang saya nak ceritakan untuk satu hari..jiran hujung sana adakan kenduri, anak lelakinya kahwin..ni kira kenduri belah lelaki..belah perempuan last week di banting katanya..

ingat nak bagi kek mentega (buttercake), emm cemana bole tertukar resepi jadi banji cake..beria2 saya membuatnya..siap tengok kain khemah warna biru, kek pun nak buat kaler biru..sekali tak seindah yang saya harapkan..tak seindah seperti orang yang dah berpuluh2 kali buat banji roll..jadi macam ketupat roll plak..amat kecewa..langsung tak bole buat apa2 keje lain..tetiba adik kata..'relax arr, kat baru 1st time buat'..eh?..a'ah la..baru perasan..saya punya kecewa macam dah beratus kali buat menjadi, tetiba kali ni tak jadi plak..secara tak sengaja dah terhukum diri sendiri walau baru sekali mencuba..terlupa nak bagi peluang pada diri sendiri..

sebenarnya buttercake tu plan nak buat khamis malam jumaat, tapi saya pergi ajak adik2 bowl plak..sendiri plan sendiri rosak..aduhh

berbalik pada kenduri jiran, disebabkan tak da apa, jadi saya nyumbang je lah..macam yang lain, macam mummydaddy kalau pergi kenduri..huuhu akhirnya saya belajar pergi kenduri kahwin tanpa mummy & daddy..

balik dari janjii temu malam tu, alhamdulillah dapat banyak nasi kenduri, jiran bagi..adik kata, makcik tu tanya..'kenapa malam semalam tak datang?'..(owh yeah..ada majlis berinai..)..adik jawab..'saya balik lambat cik, kakak saya sorang..dia malu...'..what the?...cissss!!!..tapi bila fikir2 balik..rasanya tu jawaban terbaik untuk makcik tuh..huhuhu memang pun malu

p/s: takdalah lambat sangat pun dia balik keje. lebih kurang kul 9pm..eh? lambat jugak eh..tapi 830pm pun saya tak sampai rumah lagi tau...sampai je sibuk buat kek ketupat tuh..huh..
last week masa jemput2, makcik tu kata lebih kurang 'kalau nak datang jumaat malam tu bole juga, ada majlis berinai'..emm saya kena lebih belajar bahasa orang lama nih..

'Ditanya2'..lagi sekali..

Mesej dari kakak ipar..pepagi sabtu semalam..8.31am..huiyoo siap time lagi catat, sebelum terlupa..

ini bukan kali pertama, bukan juga kali kedua, bukan org yang pertama, bukan juga org yang kedua atau ketiga dan seterusnya..ambil masa lebih 12 jam nak menjawab, jawab pun sebab dah masuk mesej ke dua wahahhaha..berhenti fikir benda lain sekejap, siap minta 2 minit dari adik supaya diam bagi peluang saya reply mesej heheh sebaik mungkin tutur kata ditaip dan di hantar melalui sms..harap2 penolakan ini diterima sebagai 'penolakan secara baik'..tak perlu tanya saya sudah ada atau tidak, tentunya saya ada sebab tersendiri..

risau dia kut2 saya terasa, heheh owh..alhamdulillah..setakat saat ni saya tak terasa apa2 pun malahan bila difikirkan semula, beruntung saya sebab sekurang2nya saya tahu mereka ingat pada saya walau jauhnya di sana..kan?..

sebelum 12 jam itu, teman call..eh? macam tahu2 je..kahkahkah ok, harap2 takda kaitan..

Belum tidur lagi

Entah kenapa la pula tak boleh tidur lagi ni..padahal dah tahu seharian ketika terang tadi masa banyak dibazirkan dengan sia-sia membuta..petang dah tua baru bersemangat nak hidup, plan sana sini, buat sana je..sebelum hujung minggu plan sederet..langsir, kenduri dan segala macam kek..tetiba bila kek tak menjadi, satu hujung minggu tak menjadi..bole giteww?..sangat teruk..bila hujung minggu dah nak habis, baru semangat nak try kek lagi..tu pun puas memujuk diri sendiri keluar dari lingkungan putus asa kalau nak berjaya..

langsir pula, sabtu semalam beria memotong plan nak jahit malam minggu kononnya..tu pun selepas didesak adik mengingatkan. tapi selamba juga..bila ingat kena jahit tepi, baru terkial-kial cari semangat yang hilang..sampai kedai, berderet kain menunggu dijahit tepinya..huhuhu kedai tutup kul 7pm, saya sampai 6.15pm..elok lah tuh..kul 630pm ada janji temu mcm emergency call la nih..

walau blog baru, tapi saya sayang blog ni..rasa nak update selalu dengan segala macam peristiwa dan rasa..tapi selalu terlewat, bila dah terlewat, terlupa la nak cerita apa..bila dah terlupa, termalas la pula..emm mulai saat ini, saya mesti catat selalu. kalau tidak, nanti sapa nak ingatkan saya perihal kenangan semalam..kan?..

Wednesday, June 20, 2012

Mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan


Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk - Genta Rasa

Mereka kena pijak

tengah dok calling2 buah hati pengarang jantung kat luar rumah sama duduk atas motor, maklumlah weekend husband..tetiba ada pasangan berkejar-kejaran, bermesra depan-depan..dah bagi isyarat dah suh jauh-jauh..tapi diorang buat dekk je..urmm geram punya pasal, si husband ni pijak je pasangan ni, sampai terjerit2 diorang..pastu sepak jauh-jauh sampai terpelanting ke luar pagar..huhuhu..kejamm...

-- dari penceritaan si husband (adik saya) dan sedikit pengubahsuaian dari saya (kalau ada)

saya kat dalam bilik, dengar bunyi macam bunyi burung, eh ada burung berdecit malam2 eh?..dalam hati je ni..biarkan je la..sekali adik saya masuk dia cakap....dia pijak sepasang tikus!! macam sama dengan yang selalu cuba nak bersantai dalam rumah kami

urmm gelak juga tapi....aduhhhhh...

Monday, June 18, 2012

Untuk gembira...gembirakan orang lain!

Itu antara kata-kata dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Itu facebook, senang-senangkanlah hati ke Genta Rasa pula..

Kata-katanya walau pedas dan tegas tetapi dizahirkan dengan cara yang saya rasa paling lembut (diantaranya ketika ini) untuk menusuk betul2 ke dalam hati orang yang membacanya..2-3 buah bukunya telah saya beli dan buku pertama sekali dengan tajuk 'nota hati seorang lelaki'..

Jujur saya cakap, mulanya nak beli sebab tajuk buku tu menarik selain daripada review yang diberikan. Tapi bila saya mula membaca, huhuhu ada yang lebih besar dalam itu yang kita semua perlu tahu. mengalir2 air mata saya 'ditegur' sebegitu rupa..

Dan boleh dengar Ikim.fm 5 ke 5.15 pm setiap isnin..dengar banyak nasihat, motivasi yang betul-betul memotivasikan sedikit pun tak melemahkan insyaallah..

--- Belikan abah, tapi kami kami pun baca..baru-baru ni gi selongkar tempat buku abah, lorr dah takda pulak..takpalah ada yang pinjam..moga kami dapat sesuatu yang baik bila orang lain baca buku tu..

Thursday, June 14, 2012

terperangkap adooyaii..

Wiper dah elok..leh refer entry ni masalah wiper kete saya..

sebenarnya pergi kedai pun mula2nya diorang tak pasti sebab apa..lepas check (agak lama juga saya terpacak kat depan kedai tu tunggu pomen check), pomen cakap maybe sebab switch, bila saya tanya lagi pasti ke dia kata tak sebab dia pun tak pasti..tapi boleh cuba dulu..saya tanya harga, dia kata akan call esok bagitahu harga. sementara tu dia ajar macamana nak berhentikan wiper tuh..ada tanggalkan satu connection mudah kat bonet depan dan pasangkan kalau nak on balik..cumanya kalau hujan lebat, kena berhenti tepi jalan lah kan nak pasang benda tuh..

soknya pomen tu call bagitahu harga..tapi tak kena bayar kalau bukan sebab switch..3 hari saya tangguh2, cuma satu pagi je yang hujan gerimis tu pun sekejap jer kat besraya..memang risau gak la kan..tawakkal je tak berhenti sebab gerimis sikit..lepas tol besraya, dah tak gerimis..alhamdulillah

sabtu lepas baru betulkan..siap kena tegur lagi, 'u baru free ha hari ni?..' hehe pung pang pong pang memang sebab switch, pastu saya pandang2 pikir2..sebenarnya dah fikir dari semalam2 lagi nak tukar radio..radio rosak..tak leh tangkap channel langsung tapi cd leh guna..emm tukar je lah terus heheh bulan depan genap 7 tahun..apa salahnyakan, janji bajet kena jaga insyaallah..ok..tukar..

macam best je ada radio baru, macam tak sabar nak pergi kerja sama dengar radio walaupun bukan selalu saya dengar kahkahkah

Tapi....bila masa kedai tu dah tak da depan mata saya..tetiba tersedar huwaaaaaa cd yg selalu saya dengar tuu terperangkap dalam radio lamaa...huhu malasnya nak gi lagi..

siap ko!!

tadi malam tengah tidur, lebih kurang pukul 3.30 ke 3.45pg tertiba tersedar, ada macam bunyi orang pukul-pukul penyapu kat luar..mula-mula saya diam kan je..tapi ada lagi..diam kan lagi, tapi ada lagi..slow slow saya bangun..buka pintu bilik..
Sorang adik tengah pegang reket badminton..sorang lagi tengah selongkar bahagian belakang tv..kat situ tempat simpan bola & kasut bowling..ada gak car mat yang tak guna..heheh

rupa-rupanya tengah cari si jerry..
diorang tengah tengok bola..tetiba si jerry ni main sesuka hati dia je nak lalu sebelah adik saya..tak minta izin dulu..ada la seminit juga saya jenguk diorang dari pintu bilik sampai diorang kata dah keluar kut..dah kibas2 si car mat, dah di jolok2 tempat tu..tak da pulak..pastu saya masuk bilik tutup pintu..hehhe macam kejam je biarkan diorang..oklah..nanti balik keje saya kemas la tempat tuh bagi buang la kut car mat tu..
dulu2 tak ada..pastu tetiba datang dari belakang pintu belakang, pastu takda dah kitaorang 'kerja'kan..pastu ada balik hari tu..pastu lepas saya letak 'ubat' takda dah..pastu la ni ada balik..dulu masuk kut pintu belakang..la ni bila pintu belakang dah tutup, seal betul2, senang hati dia masuk kut pintu depan plak..tak senang betul saya tengok jerry ni, adik saya lagi lah..

nanti siap ko jerryyy!!..

Friday, June 8, 2012

antaran malu dan lupa

Semalam pergi giant, ada barang perlu dibeli. adik pun ada kirim 2 barang kalau pergi giant. sampai je giant, ambil barang-barang seperti yang termaktub dalam 'tujuan ke giant'. lepas ambil barang ke 2, terus teringat nak pergi ambil cheese. lepas tu ambil cheese entah macamana tersinggah bahagian jajan..saya ambil dan ambil dan ambil..eh? dah ada 6 peket jajan dalam bakul..sampai terkeluar sebab macam lebih besar dari bakul heheh ada maruku, ada jajan perisa udang peket besar punya, ada jajan perisa potato lebih besar dari yang perisa udang tu, ada comi, ada juga guava kering tu..wahhh akhirnya saya decide, terus buat keputusan mendadak untuk terus balik tak mahu round rak lain..

masa beratur, orang di hadapan kepada orang di depan saya..uish..wahhhh bagusnya dia..beli buah epal..susu HL..emm tak perasan lupa yang lain..emm macamana nak bagitahu ye..saya perasan sebab sangat bertentangan dengan apa yang saya beli...tak sihat langsung kahkahkahkah..tiba-tiba rasa macam nak menyorok atau nak sorokkan je apa yang saya beli..huhuhu macam la orang tu perhati kan saya kahkahkah

Tapi tetap saya beli juga..heheh kemudian masa bayar, alamak.....baru saya teringat satu lagi barang penting yang adik kirim belum beli..huhuuhu tu la..banyak sangat makan jajan!dah lupa..

Ia adalah kemalangan..

Dua hari lepas masa balik dari ofis, sedikit jem di lorong duta..pelik tak pelik saya tak hairan sangat walaupun ketika cuti sekolah. Sebab kadang-kadang, walaupun cuti sekolah, jem nya lebih teruk dari hari biasa..kadang-kadang sangat clear..masa tu mula keluar teori, kalau tak jem, 'ramai mammydaddy bercuti dengan anak-anak ke oversea' la..'ramai yang balik kampung la'..kalau jem, emm eh? lupa la teorinya..emm tak payah la fikir..

Bila jem macam tu saya ikut mood juga akan naik ke jalan parlimen dan buat u-turn untuk masuk ke jalan duta, kemudian ambil susur kiri keluar ke jalan yang lalu depan muzium dan istana lama..hehhe nama jalan tu jalan istana eh?..tak tahu la tahu lalu je..

Tapi ke depan sikit nampak ada kemalangan, saya tak perasan mulanya..dah dekat nak lalu sebelah baru perasan. sederet tiga buah kereta di lane paling kanan..tidaklah berhimpit antara satu sama lain 3 kereta tu, masih ada jarak..yang agak teruk sedikit adalah myvi, di tengah-tengah antara dua kereta..bumper belakangnya kemik..sambil lalu sambil menoleh sedikit..kemudian saya perasan di depan kereta yang berada di hadapan myVi tu ada bongkah plastik yang selalu disusun di tepi jalan jika jalan sedang diperbaiki..memang jalan di situ sedang di touch up di bahagian tengah (bahagian pokok-pokok pemisah jalan menghala ke kuala lumpur dengan jalan menghala ke seremban)..

Bongkah plastik itu melintang di tengah-tengah lane kanan jalan menghala ke seremban..huhuhu jadi saya boleh jangka punca kemalangan tu..

harap-harap mereka ok..tetapi rasa terkejut tu mesti ada..semoga Allah permudahkan urusan mereka..

Wednesday, June 6, 2012

Jauhnya 100 meter..

Lepas maghrib tadi pergi main badminton. Saya suruh adik-adik jalan dulu sebab saya lum maghrib..tak jauh pun tempat main tu, dalam 100m lebihkurang dengan hasrat nak jalan kaki..mula-mula ok je berani, baru berapa langkah, ada orang lelaki naik motor 'suit' sama menoleh, dia toleh muka sampai termasuk simpang depan..sebab apa saya kata 'termasuk'? Sebab lepas tu, dia pusing semula untuk keluar ke jalan besar..uish baru rasa takut..saya berhenti pada masa dia berhenti nak membelok masuk ke jalan besar semula..dalam jarak jauh juga..

Kemudian, ada pula anjing..yang ini memang saya betul-betul lupa..maksudnya jika saya ingat yang tempat saya nak lalu ada anjing, kemungkinan 99.99% saya naik keretat Lagi 0.01% merujuk kepada 'lain-lain' termasuk terus tak pergi main badminton. Tapi terus jalan juga..tapi anjing tu bila terserempak dengan saya, terus pusing balik..sambil berlari-lari anak sambil toleh saya di belakang dia..hehe kenapa ye?..akhir nya selamat sampai..alhamdulillah

Balik pula jalan berdua dengan adik..anjing yang sedang baring di laluan siap bangun bagi kami lalu. Saya kata begitu sebab, sejurus selepas kami lalu tempat baringannya, anjing tu terus baring semula di tempat yang sama...huhu rasa nak ucap terima kasih kat dia..

Alhamdulillah..dapat keluar peluh hari ni..

Monday, June 4, 2012

Kereta pening-pening durian..

Hari ni pergi kerja dengan tujuh biji durian kat bonet kereta..letak dalam bonet petang semalam..pagi ni, start kereta, tiba-tiba wiper on sendiri uish..misteri...jadi pergi je la kerja sejauh 34.5 km dengan wiper yang sentiasa ON...huhuhu baik tak jem..klu jem, rasa-rasanya ada tak yang baik hati berhenti dan suruh saya off wiper sebab rimas tengok benda tu bergerak tanpa kedatangan hujan?..kahkahkah

Pening agaknya kereta saya ni..takpa lepas ni, pergi jumpa doktor kereta..harap-harap pening kereta saya tak berjangkit kepada doktor yang merawatnya hehhehe

Rajuk mereka..

Rajuk org tua pd anak2 lama mana la sangat..kecil hati pun dianggapnya
'alah..kecik hati sikit, insyaallah mami maafkan'..dalam kecil hati makan dalam pun, boleh lagi fikir apa khabar anakku, bahagiakah, deritakah, tunggu2 call si anak..dmfk ada kata jgn sampai mami daddy call anak, takut2 jadi anak derhaka..(opss..aku le tew..macamana ni..)

Huh! Jual durian lagi baik!! (eh?tetiba..)

Note: ok, ini entry untuk diri sendiri & agak kontroversi serta ada sedikit provokasi tapi mengarut juga la.