Monday, June 18, 2012

Untuk gembira...gembirakan orang lain!

Itu antara kata-kata dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Itu facebook, senang-senangkanlah hati ke Genta Rasa pula..

Kata-katanya walau pedas dan tegas tetapi dizahirkan dengan cara yang saya rasa paling lembut (diantaranya ketika ini) untuk menusuk betul2 ke dalam hati orang yang membacanya..2-3 buah bukunya telah saya beli dan buku pertama sekali dengan tajuk 'nota hati seorang lelaki'..

Jujur saya cakap, mulanya nak beli sebab tajuk buku tu menarik selain daripada review yang diberikan. Tapi bila saya mula membaca, huhuhu ada yang lebih besar dalam itu yang kita semua perlu tahu. mengalir2 air mata saya 'ditegur' sebegitu rupa..

Dan boleh dengar Ikim.fm 5 ke 5.15 pm setiap isnin..dengar banyak nasihat, motivasi yang betul-betul memotivasikan sedikit pun tak melemahkan insyaallah..

--- Belikan abah, tapi kami kami pun baca..baru-baru ni gi selongkar tempat buku abah, lorr dah takda pulak..takpalah ada yang pinjam..moga kami dapat sesuatu yang baik bila orang lain baca buku tu..

No comments:

Post a Comment