Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Aurat - antara 2 teguran Ben Ashaari & Ustazah Sahida

Baru2 ni ada beberapa entry teguran pasal aurat wanita dibliog BA..beberapa hari sblm tu wanita (aku sekali lah ..) juga dah ditegur oleh seorang ustazah..

Lelaki atau wanita semua bole menegur, ada pepatah arab (dulu ada baca kat dinding dorm masa sekolah ececeh), jgn lihat pd yg betcakap..lihat kpd apa yg dia ckp


Antara 2 teguran kat bawah:


dari ustazah sahida:
'....jika kalian x kisah masuk Neraka, kalian bertudung le tapi jika takut masuk Neraka, tutuplah aurat. Jika kalian rasa tumit kaki dan kuku cekam tu elok dipandang dan wajib dipamerkan, x perlulah bersarung kaki. jika kalian rasa lengan gebu kena ditonjolkan..pakaile T shirt tangan pendek..Jika rasa peha besar & bontot kembang wajib dipertontonkan, maka berseluar jeans @ slack dan berbaju pendek memang sesuai. 
Jika rasa pula tudung kain Lycra memang mengancam menyembul dada, silakan pamerkan..jika kalian x pamer siapa lagi nak pamerkan. 
Akhir kata..jika kita x memenuhi Neraka ..siapa lagi kan nak memenuhi...


dari Ben (dari entry lama tahun 2009, untuk entry yg baru, bole ke blog BA)
'....Adakah zaman skang ni memakai tudung salah satu dari fesyen ? Mesti ada yang kata , apa salahnya bertudung mengikut fesyen atau bertudung tak semestinya tak leh bergaya...Boleh ke tak , mestilah ada batasannya..kalau nak bertudung , buat la betul betul ..kalau sekadar nak berfesyen , kena sedar bahawa anda adalah penganut Islam...dosa pahala bukan hak aku untuk memperkatakannya ...cuma aku sebagai saudara seagama segan bila kawan aku yang bukan beragama Islam hairan apa tujuannya menutup aurat...

Fesyen bertudung skang ni ....atas bertudung manakala baju n seluar lak ketat ! Adakah itu menepati kehendak Islam ? Cuma aku nak tanya je la...tak ke segan dengan orang bukan Islam bila melihatnya ? Apa bezanya dengan mereka yang tidak mengenakan tudung atau tidak menutup aurat ?..'


Aku memuda dulu sgt defensive, aky je larr yg betul rasanya..tp sejak 2-3tahun ni aku slow down sikit walaupun kadangkala terlepas juga..belajar terima teguran huhu walau payah, telan!!!telan!!walau nak terkeluar balik, selotape terus mulut tuh. huh..susah kan?..

Tak kira teguran yg bagaimana, siapa, apa subjeknya..jika teguran tu memang betul, aku tak boleh memilih samada nak terima ke tidak sebab aku memang TIADA PILIHAN..kan?

Wednesday, June 20, 2012

Mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan


Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk - Genta Rasa

Monday, June 18, 2012

Untuk gembira...gembirakan orang lain!

Itu antara kata-kata dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Itu facebook, senang-senangkanlah hati ke Genta Rasa pula..

Kata-katanya walau pedas dan tegas tetapi dizahirkan dengan cara yang saya rasa paling lembut (diantaranya ketika ini) untuk menusuk betul2 ke dalam hati orang yang membacanya..2-3 buah bukunya telah saya beli dan buku pertama sekali dengan tajuk 'nota hati seorang lelaki'..

Jujur saya cakap, mulanya nak beli sebab tajuk buku tu menarik selain daripada review yang diberikan. Tapi bila saya mula membaca, huhuhu ada yang lebih besar dalam itu yang kita semua perlu tahu. mengalir2 air mata saya 'ditegur' sebegitu rupa..

Dan boleh dengar Ikim.fm 5 ke 5.15 pm setiap isnin..dengar banyak nasihat, motivasi yang betul-betul memotivasikan sedikit pun tak melemahkan insyaallah..

--- Belikan abah, tapi kami kami pun baca..baru-baru ni gi selongkar tempat buku abah, lorr dah takda pulak..takpalah ada yang pinjam..moga kami dapat sesuatu yang baik bila orang lain baca buku tu..