Monday, July 9, 2012

Belum tidur lagi

Entah kenapa la pula tak boleh tidur lagi ni..padahal dah tahu seharian ketika terang tadi masa banyak dibazirkan dengan sia-sia membuta..petang dah tua baru bersemangat nak hidup, plan sana sini, buat sana je..sebelum hujung minggu plan sederet..langsir, kenduri dan segala macam kek..tetiba bila kek tak menjadi, satu hujung minggu tak menjadi..bole giteww?..sangat teruk..bila hujung minggu dah nak habis, baru semangat nak try kek lagi..tu pun puas memujuk diri sendiri keluar dari lingkungan putus asa kalau nak berjaya..

langsir pula, sabtu semalam beria memotong plan nak jahit malam minggu kononnya..tu pun selepas didesak adik mengingatkan. tapi selamba juga..bila ingat kena jahit tepi, baru terkial-kial cari semangat yang hilang..sampai kedai, berderet kain menunggu dijahit tepinya..huhuhu kedai tutup kul 7pm, saya sampai 6.15pm..elok lah tuh..kul 630pm ada janji temu mcm emergency call la nih..

walau blog baru, tapi saya sayang blog ni..rasa nak update selalu dengan segala macam peristiwa dan rasa..tapi selalu terlewat, bila dah terlewat, terlupa la nak cerita apa..bila dah terlupa, termalas la pula..emm mulai saat ini, saya mesti catat selalu. kalau tidak, nanti sapa nak ingatkan saya perihal kenangan semalam..kan?..

No comments:

Post a Comment