Wednesday, June 6, 2012

Jauhnya 100 meter..

Lepas maghrib tadi pergi main badminton. Saya suruh adik-adik jalan dulu sebab saya lum maghrib..tak jauh pun tempat main tu, dalam 100m lebihkurang dengan hasrat nak jalan kaki..mula-mula ok je berani, baru berapa langkah, ada orang lelaki naik motor 'suit' sama menoleh, dia toleh muka sampai termasuk simpang depan..sebab apa saya kata 'termasuk'? Sebab lepas tu, dia pusing semula untuk keluar ke jalan besar..uish baru rasa takut..saya berhenti pada masa dia berhenti nak membelok masuk ke jalan besar semula..dalam jarak jauh juga..

Kemudian, ada pula anjing..yang ini memang saya betul-betul lupa..maksudnya jika saya ingat yang tempat saya nak lalu ada anjing, kemungkinan 99.99% saya naik keretat Lagi 0.01% merujuk kepada 'lain-lain' termasuk terus tak pergi main badminton. Tapi terus jalan juga..tapi anjing tu bila terserempak dengan saya, terus pusing balik..sambil berlari-lari anak sambil toleh saya di belakang dia..hehe kenapa ye?..akhir nya selamat sampai..alhamdulillah

Balik pula jalan berdua dengan adik..anjing yang sedang baring di laluan siap bangun bagi kami lalu. Saya kata begitu sebab, sejurus selepas kami lalu tempat baringannya, anjing tu terus baring semula di tempat yang sama...huhu rasa nak ucap terima kasih kat dia..

Alhamdulillah..dapat keluar peluh hari ni..

No comments:

Post a Comment