Wednesday, June 20, 2012

Mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan


Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk - Genta Rasa

Mereka kena pijak

tengah dok calling2 buah hati pengarang jantung kat luar rumah sama duduk atas motor, maklumlah weekend husband..tetiba ada pasangan berkejar-kejaran, bermesra depan-depan..dah bagi isyarat dah suh jauh-jauh..tapi diorang buat dekk je..urmm geram punya pasal, si husband ni pijak je pasangan ni, sampai terjerit2 diorang..pastu sepak jauh-jauh sampai terpelanting ke luar pagar..huhuhu..kejamm...

-- dari penceritaan si husband (adik saya) dan sedikit pengubahsuaian dari saya (kalau ada)

saya kat dalam bilik, dengar bunyi macam bunyi burung, eh ada burung berdecit malam2 eh?..dalam hati je ni..biarkan je la..sekali adik saya masuk dia cakap....dia pijak sepasang tikus!! macam sama dengan yang selalu cuba nak bersantai dalam rumah kami

urmm gelak juga tapi....aduhhhhh...

Monday, June 18, 2012

Untuk gembira...gembirakan orang lain!

Itu antara kata-kata dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Itu facebook, senang-senangkanlah hati ke Genta Rasa pula..

Kata-katanya walau pedas dan tegas tetapi dizahirkan dengan cara yang saya rasa paling lembut (diantaranya ketika ini) untuk menusuk betul2 ke dalam hati orang yang membacanya..2-3 buah bukunya telah saya beli dan buku pertama sekali dengan tajuk 'nota hati seorang lelaki'..

Jujur saya cakap, mulanya nak beli sebab tajuk buku tu menarik selain daripada review yang diberikan. Tapi bila saya mula membaca, huhuhu ada yang lebih besar dalam itu yang kita semua perlu tahu. mengalir2 air mata saya 'ditegur' sebegitu rupa..

Dan boleh dengar Ikim.fm 5 ke 5.15 pm setiap isnin..dengar banyak nasihat, motivasi yang betul-betul memotivasikan sedikit pun tak melemahkan insyaallah..

--- Belikan abah, tapi kami kami pun baca..baru-baru ni gi selongkar tempat buku abah, lorr dah takda pulak..takpalah ada yang pinjam..moga kami dapat sesuatu yang baik bila orang lain baca buku tu..