Wednesday, July 25, 2012

Aurat - antara 2 teguran Ben Ashaari & Ustazah Sahida

Baru2 ni ada beberapa entry teguran pasal aurat wanita dibliog BA..beberapa hari sblm tu wanita (aku sekali lah ..) juga dah ditegur oleh seorang ustazah..

Lelaki atau wanita semua bole menegur, ada pepatah arab (dulu ada baca kat dinding dorm masa sekolah ececeh), jgn lihat pd yg betcakap..lihat kpd apa yg dia ckp


Antara 2 teguran kat bawah:


dari ustazah sahida:
'....jika kalian x kisah masuk Neraka, kalian bertudung le tapi jika takut masuk Neraka, tutuplah aurat. Jika kalian rasa tumit kaki dan kuku cekam tu elok dipandang dan wajib dipamerkan, x perlulah bersarung kaki. jika kalian rasa lengan gebu kena ditonjolkan..pakaile T shirt tangan pendek..Jika rasa peha besar & bontot kembang wajib dipertontonkan, maka berseluar jeans @ slack dan berbaju pendek memang sesuai. 
Jika rasa pula tudung kain Lycra memang mengancam menyembul dada, silakan pamerkan..jika kalian x pamer siapa lagi nak pamerkan. 
Akhir kata..jika kita x memenuhi Neraka ..siapa lagi kan nak memenuhi...


dari Ben (dari entry lama tahun 2009, untuk entry yg baru, bole ke blog BA)
'....Adakah zaman skang ni memakai tudung salah satu dari fesyen ? Mesti ada yang kata , apa salahnya bertudung mengikut fesyen atau bertudung tak semestinya tak leh bergaya...Boleh ke tak , mestilah ada batasannya..kalau nak bertudung , buat la betul betul ..kalau sekadar nak berfesyen , kena sedar bahawa anda adalah penganut Islam...dosa pahala bukan hak aku untuk memperkatakannya ...cuma aku sebagai saudara seagama segan bila kawan aku yang bukan beragama Islam hairan apa tujuannya menutup aurat...

Fesyen bertudung skang ni ....atas bertudung manakala baju n seluar lak ketat ! Adakah itu menepati kehendak Islam ? Cuma aku nak tanya je la...tak ke segan dengan orang bukan Islam bila melihatnya ? Apa bezanya dengan mereka yang tidak mengenakan tudung atau tidak menutup aurat ?..'


Aku memuda dulu sgt defensive, aky je larr yg betul rasanya..tp sejak 2-3tahun ni aku slow down sikit walaupun kadangkala terlepas juga..belajar terima teguran huhu walau payah, telan!!!telan!!walau nak terkeluar balik, selotape terus mulut tuh. huh..susah kan?..

Tak kira teguran yg bagaimana, siapa, apa subjeknya..jika teguran tu memang betul, aku tak boleh memilih samada nak terima ke tidak sebab aku memang TIADA PILIHAN..kan?

Saturday, July 21, 2012

Asyik salah je..

Nak belajar dan cuba kerap update..selalu nak letak entry baru, bl hold lama jd terus tawar hati dah bila nk masukkan new entry

Ni tadi baik terus teringat nak update alang bole guna wifi kt perodua ni..

Tapi bila taip guna telefon ni, banyak pula salah eja huhu bukan tak perasan, tapi aku dah betulkan, tapi byk sgt yg salah..pastu kalau asyik betulkan ejaan je bila aku nak publish nih?! Haha nanti aku akan perbaiki ejaan dr semasa ke semasa insyaallah kalau ada masa hehe

Jangan buat lagi..

Tengh servis kereta kat perodua seri kembangan. Setakat ni sejak beli kereta kat sini jela aku servis kete..beli kereta pum kat sebelah nu haa..amvil kereta display hehe mak aku pun pesan kalau boleh swrvis kat tempat yg sama

Aku kurang tahu bab2 kereta ni, jadi aku mmg ikut la schedule servis tu. Kalau guna myk hitam 5k, bila dah 5k km tu aku dah alert dah yg kete kena servis. Tapi alert pun kali ni terlajak smpi dekat 4k hehe

Beli kereta bulan 7, 2005..beli pun mmg keperluan masa tu. Nak pergi kerja kat bangi dr serdang mana ada bas..takkan nak naik teksi hari2..jd aku upahkan kt adik aku hantar ngan jemput..bila ingat2 balik, alhamdulillah ada dia, sian dia masa tu sellu kena marah ngan aku sbb lmbat..huhu pafahal aku pun lambat gak. teruk aku ni..Harap dia maafkn aku huhu

Masa beli pun aku masih tak fasih atau cekap lg bawa kete. Masa sebelum beli tuh takut betul nak guna kete org lain konon nk berlatih..huhu jadi masa bawa balik kereta dari perodua ke rimah pun masih terkial2 tapi dalam hati ada sedikit yakin yg aku bole drive. Tapi yg paling aku ingat masa tu, dalam beberapa minggu ke beberapa hari, aku gi kerja sanggup lalu jalan belakang yg lagi jauh semata2 nak elakkan lampu isyarat atas bukit

Tadi masa nak check kereta, adik tu tegur..'akak tak pakai cermin mata, saya tak perasan tadi'..qku senyum je la..pastu dia tnya, kereta ok?..aku jawab 'ok..tapi kereta lama kan, yaritu wiper rosak..pastu bocor pula..'..(bocor atap, air masuk kut cermin depan)..lepas check jeta aku duduk balik..

Ni tadi sebelum buat entry ni, aku perasan satu benda..aku rasa jawapan terbaik adalah alhamdulillah, kereta ok je..insyaallah..huhu rasa barsalah pulak..walau pun lama, tapi kereta tu alhamdulillah setakat hari ni, xda rosak teruk mana..takda buat hal dimana2..kalau bateri weak, timing belt kena tukar ke clatch haus ke, tu lain..alhamdulillah..kebaikan Allah semua tu..tapi aku pula yg mngungkit kata kete lama...huhu

Jangan buat lagi faiz..