Wednesday, July 25, 2012

Aurat - antara 2 teguran Ben Ashaari & Ustazah Sahida

Baru2 ni ada beberapa entry teguran pasal aurat wanita dibliog BA..beberapa hari sblm tu wanita (aku sekali lah ..) juga dah ditegur oleh seorang ustazah..

Lelaki atau wanita semua bole menegur, ada pepatah arab (dulu ada baca kat dinding dorm masa sekolah ececeh), jgn lihat pd yg betcakap..lihat kpd apa yg dia ckp


Antara 2 teguran kat bawah:


dari ustazah sahida:
'....jika kalian x kisah masuk Neraka, kalian bertudung le tapi jika takut masuk Neraka, tutuplah aurat. Jika kalian rasa tumit kaki dan kuku cekam tu elok dipandang dan wajib dipamerkan, x perlulah bersarung kaki. jika kalian rasa lengan gebu kena ditonjolkan..pakaile T shirt tangan pendek..Jika rasa peha besar & bontot kembang wajib dipertontonkan, maka berseluar jeans @ slack dan berbaju pendek memang sesuai. 
Jika rasa pula tudung kain Lycra memang mengancam menyembul dada, silakan pamerkan..jika kalian x pamer siapa lagi nak pamerkan. 
Akhir kata..jika kita x memenuhi Neraka ..siapa lagi kan nak memenuhi...


dari Ben (dari entry lama tahun 2009, untuk entry yg baru, bole ke blog BA)
'....Adakah zaman skang ni memakai tudung salah satu dari fesyen ? Mesti ada yang kata , apa salahnya bertudung mengikut fesyen atau bertudung tak semestinya tak leh bergaya...Boleh ke tak , mestilah ada batasannya..kalau nak bertudung , buat la betul betul ..kalau sekadar nak berfesyen , kena sedar bahawa anda adalah penganut Islam...dosa pahala bukan hak aku untuk memperkatakannya ...cuma aku sebagai saudara seagama segan bila kawan aku yang bukan beragama Islam hairan apa tujuannya menutup aurat...

Fesyen bertudung skang ni ....atas bertudung manakala baju n seluar lak ketat ! Adakah itu menepati kehendak Islam ? Cuma aku nak tanya je la...tak ke segan dengan orang bukan Islam bila melihatnya ? Apa bezanya dengan mereka yang tidak mengenakan tudung atau tidak menutup aurat ?..'


Aku memuda dulu sgt defensive, aky je larr yg betul rasanya..tp sejak 2-3tahun ni aku slow down sikit walaupun kadangkala terlepas juga..belajar terima teguran huhu walau payah, telan!!!telan!!walau nak terkeluar balik, selotape terus mulut tuh. huh..susah kan?..

Tak kira teguran yg bagaimana, siapa, apa subjeknya..jika teguran tu memang betul, aku tak boleh memilih samada nak terima ke tidak sebab aku memang TIADA PILIHAN..kan?

Saturday, July 21, 2012

Asyik salah je..

Nak belajar dan cuba kerap update..selalu nak letak entry baru, bl hold lama jd terus tawar hati dah bila nk masukkan new entry

Ni tadi baik terus teringat nak update alang bole guna wifi kt perodua ni..

Tapi bila taip guna telefon ni, banyak pula salah eja huhu bukan tak perasan, tapi aku dah betulkan, tapi byk sgt yg salah..pastu kalau asyik betulkan ejaan je bila aku nak publish nih?! Haha nanti aku akan perbaiki ejaan dr semasa ke semasa insyaallah kalau ada masa hehe

Jangan buat lagi..

Tengh servis kereta kat perodua seri kembangan. Setakat ni sejak beli kereta kat sini jela aku servis kete..beli kereta pum kat sebelah nu haa..amvil kereta display hehe mak aku pun pesan kalau boleh swrvis kat tempat yg sama

Aku kurang tahu bab2 kereta ni, jadi aku mmg ikut la schedule servis tu. Kalau guna myk hitam 5k, bila dah 5k km tu aku dah alert dah yg kete kena servis. Tapi alert pun kali ni terlajak smpi dekat 4k hehe

Beli kereta bulan 7, 2005..beli pun mmg keperluan masa tu. Nak pergi kerja kat bangi dr serdang mana ada bas..takkan nak naik teksi hari2..jd aku upahkan kt adik aku hantar ngan jemput..bila ingat2 balik, alhamdulillah ada dia, sian dia masa tu sellu kena marah ngan aku sbb lmbat..huhu pafahal aku pun lambat gak. teruk aku ni..Harap dia maafkn aku huhu

Masa beli pun aku masih tak fasih atau cekap lg bawa kete. Masa sebelum beli tuh takut betul nak guna kete org lain konon nk berlatih..huhu jadi masa bawa balik kereta dari perodua ke rimah pun masih terkial2 tapi dalam hati ada sedikit yakin yg aku bole drive. Tapi yg paling aku ingat masa tu, dalam beberapa minggu ke beberapa hari, aku gi kerja sanggup lalu jalan belakang yg lagi jauh semata2 nak elakkan lampu isyarat atas bukit

Tadi masa nak check kereta, adik tu tegur..'akak tak pakai cermin mata, saya tak perasan tadi'..qku senyum je la..pastu dia tnya, kereta ok?..aku jawab 'ok..tapi kereta lama kan, yaritu wiper rosak..pastu bocor pula..'..(bocor atap, air masuk kut cermin depan)..lepas check jeta aku duduk balik..

Ni tadi sebelum buat entry ni, aku perasan satu benda..aku rasa jawapan terbaik adalah alhamdulillah, kereta ok je..insyaallah..huhu rasa barsalah pulak..walau pun lama, tapi kereta tu alhamdulillah setakat hari ni, xda rosak teruk mana..takda buat hal dimana2..kalau bateri weak, timing belt kena tukar ke clatch haus ke, tu lain..alhamdulillah..kebaikan Allah semua tu..tapi aku pula yg mngungkit kata kete lama...huhu

Jangan buat lagi faiz..

Thursday, July 12, 2012

it's not complicated, it's just no cooperation..

huh!..dengan sebab hal inilah..bila taknak orang lain susah sebab saya, bila bekerja, saya selalu berazam untuk jadi pekerja yang profesional..tak mahu campur adukkan peribadi dalam pekerjaan..

Wednesday, July 11, 2012

Bersyukurlah wahai hati..

2-3 hari lepas, air-cond office macam tak da fungsi selain menghembus udara yang tidak sejuk dengan perlahan..huhu hari ni lepas service tadi, adoi makk aii..sejuk macam duduk kat kutub utara (ok, saya tak pernah duduk sana)..emm tapi oklah, lebih baik sejuk dari hangat..kan?..

Tadi masa sibuk qualify equipment, ada call masuk nak tanya pasal coklat hantaran..saya cuma boleh jawab sebaik mungkin untuk soalan pertama..sebelum pemanggil tanya soalan yang seterusnya saya minta maaf dulu sebelum  minta contact no untuk call semula sebab saya sedang bekerja..

saya rasa pelanggan ini sepertinya mirip saya kalau nak tahu sesuatu..walaupun dah clearly state 'sms' tapi masih nak call, sebab kalau boleh dan dan tu juga nak tahu apa yang kita nak tahu hehe takpa, saya faham rasanya bagaimana..taknak menunggu lama untuk satu jawaban..dan itu secara tak langsung adalah latihan kesabaran kan?..

Itu memang satu pilihan, dan saya sedang belajar untuk memilih walau selalu terkandas di pilihan yang tak sepatutnya..

Monday, July 9, 2012

terhukum diri sendiri

sabtu semalam..tengok!!banyak rupanya yang saya nak ceritakan untuk satu hari..jiran hujung sana adakan kenduri, anak lelakinya kahwin..ni kira kenduri belah lelaki..belah perempuan last week di banting katanya..

ingat nak bagi kek mentega (buttercake), emm cemana bole tertukar resepi jadi banji cake..beria2 saya membuatnya..siap tengok kain khemah warna biru, kek pun nak buat kaler biru..sekali tak seindah yang saya harapkan..tak seindah seperti orang yang dah berpuluh2 kali buat banji roll..jadi macam ketupat roll plak..amat kecewa..langsung tak bole buat apa2 keje lain..tetiba adik kata..'relax arr, kat baru 1st time buat'..eh?..a'ah la..baru perasan..saya punya kecewa macam dah beratus kali buat menjadi, tetiba kali ni tak jadi plak..secara tak sengaja dah terhukum diri sendiri walau baru sekali mencuba..terlupa nak bagi peluang pada diri sendiri..

sebenarnya buttercake tu plan nak buat khamis malam jumaat, tapi saya pergi ajak adik2 bowl plak..sendiri plan sendiri rosak..aduhh

berbalik pada kenduri jiran, disebabkan tak da apa, jadi saya nyumbang je lah..macam yang lain, macam mummydaddy kalau pergi kenduri..huuhu akhirnya saya belajar pergi kenduri kahwin tanpa mummy & daddy..

balik dari janjii temu malam tu, alhamdulillah dapat banyak nasi kenduri, jiran bagi..adik kata, makcik tu tanya..'kenapa malam semalam tak datang?'..(owh yeah..ada majlis berinai..)..adik jawab..'saya balik lambat cik, kakak saya sorang..dia malu...'..what the?...cissss!!!..tapi bila fikir2 balik..rasanya tu jawaban terbaik untuk makcik tuh..huhuhu memang pun malu

p/s: takdalah lambat sangat pun dia balik keje. lebih kurang kul 9pm..eh? lambat jugak eh..tapi 830pm pun saya tak sampai rumah lagi tau...sampai je sibuk buat kek ketupat tuh..huh..
last week masa jemput2, makcik tu kata lebih kurang 'kalau nak datang jumaat malam tu bole juga, ada majlis berinai'..emm saya kena lebih belajar bahasa orang lama nih..

'Ditanya2'..lagi sekali..

Mesej dari kakak ipar..pepagi sabtu semalam..8.31am..huiyoo siap time lagi catat, sebelum terlupa..

ini bukan kali pertama, bukan juga kali kedua, bukan org yang pertama, bukan juga org yang kedua atau ketiga dan seterusnya..ambil masa lebih 12 jam nak menjawab, jawab pun sebab dah masuk mesej ke dua wahahhaha..berhenti fikir benda lain sekejap, siap minta 2 minit dari adik supaya diam bagi peluang saya reply mesej heheh sebaik mungkin tutur kata ditaip dan di hantar melalui sms..harap2 penolakan ini diterima sebagai 'penolakan secara baik'..tak perlu tanya saya sudah ada atau tidak, tentunya saya ada sebab tersendiri..

risau dia kut2 saya terasa, heheh owh..alhamdulillah..setakat saat ni saya tak terasa apa2 pun malahan bila difikirkan semula, beruntung saya sebab sekurang2nya saya tahu mereka ingat pada saya walau jauhnya di sana..kan?..

sebelum 12 jam itu, teman call..eh? macam tahu2 je..kahkahkah ok, harap2 takda kaitan..

Belum tidur lagi

Entah kenapa la pula tak boleh tidur lagi ni..padahal dah tahu seharian ketika terang tadi masa banyak dibazirkan dengan sia-sia membuta..petang dah tua baru bersemangat nak hidup, plan sana sini, buat sana je..sebelum hujung minggu plan sederet..langsir, kenduri dan segala macam kek..tetiba bila kek tak menjadi, satu hujung minggu tak menjadi..bole giteww?..sangat teruk..bila hujung minggu dah nak habis, baru semangat nak try kek lagi..tu pun puas memujuk diri sendiri keluar dari lingkungan putus asa kalau nak berjaya..

langsir pula, sabtu semalam beria memotong plan nak jahit malam minggu kononnya..tu pun selepas didesak adik mengingatkan. tapi selamba juga..bila ingat kena jahit tepi, baru terkial-kial cari semangat yang hilang..sampai kedai, berderet kain menunggu dijahit tepinya..huhuhu kedai tutup kul 7pm, saya sampai 6.15pm..elok lah tuh..kul 630pm ada janji temu mcm emergency call la nih..

walau blog baru, tapi saya sayang blog ni..rasa nak update selalu dengan segala macam peristiwa dan rasa..tapi selalu terlewat, bila dah terlewat, terlupa la nak cerita apa..bila dah terlupa, termalas la pula..emm mulai saat ini, saya mesti catat selalu. kalau tidak, nanti sapa nak ingatkan saya perihal kenangan semalam..kan?..